Followers

WARUNG SATAY AYAH MALAM MINGGU LEPAS

December 8, 2010

Habis je menyusun Cakar Ayam, ayah call, minta tolong cover warung satay lak, org ramai order tak menang tangan dia nak mengipas satay, mengisi kuah dan satay, sudahnya hsbn aku pergi tolong.  Disebabkan  ank aku klu nampak papa dia nak keluar, dia dulu dah panjat motor, jadi aku pun ikut le sekali.....



TEMPAHAN CAKAR AYAM SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN BALIK KG



ni pun blm siap lg, minggu depan nak sambung mengoreng dan mencetak... pada member2 yg dah order tq so much... yg blm dan terasa nak mencuba keenakkannya boleh hubungi sy di no 0197881864.

CAKAR AYAM- JUALAN SEMPENA CUTI SEKOLAH...

December 2, 2010

RAKAN-RAKAN SEKALIAN, MARILAH RASA CAKAR AYAM, KUIH TRADISIONAL MELAYU YG HAMPIR DILUPAKAN.... DGN SENTUHAN MODEN...KURANG MANIS DAN RANGUP...MARI-MARI JUALAN SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN BALIK KAMPUNG....SILA TEL SY UTK TEMPAHAN: 0197881864




warung satay ayah

November 26, 2010




kawan-kawan semua, marilah datang ke warung satay ayah aku ni.....satay ayam dan daging dijual dengan harga RM0.40 sebatang, ketupat RM1.00/2 biji......bagi yang ingin menempah satay bagi apa jua majlis keraian pun boleh... tempahan perlulah seawal 1minggu ya...

'CAKAR AYAM'

November 8, 2010

MARI-MARI.... RASALAH KEENAKAN KUIH TRADISIONAL MELAYU DINAMAKAN "CAKAR AYAM". FAMILY RESEPI, IANYA ENAK, RANGUP, RAPUH, KURANG MANIS..PASTI ANDA BERPUAS HATI DAN TIDAK AKAN LUPA DENGAN RASANYA.

SEBARANG PERTANYAAN BLH HUBUNGI NO:0197881864


gula tarik

November 7, 2010

salam, member2 sekalian.....
kepada semua kwn2 yg akn terbaca cerita ni, mungkin akan teringat kenangan2 lucu masa di sekolah rendah kebangsaan adela.  Sebagai pengenalaan sikit, sekolah kebangsaan adela merupakan sekolah pertama yg aku jejaki utk menuntut ilmu klu tak salah tahun 1986.
Tapi dr aku darjah 1hingga darjah 6 aku x berapa ingat sangat apa2 kenangan menarik yg blh aku kongsikan dgn member sekalian.  Kecuali kisah 'Gula Tarik'.

Alkisah, bermula apabila aku di darjah 4, kerana keluargaku bukan org senang, dan ada la sedikit  resepi2 masakan yg org x tau cam na nak buat kecuali family aku je (kira resepi trdisi keluarga la ni) maka aku mula berniaga di sekolah. Nak tau aku jual apa? haa aku jual 'gula tarik'.

Selama hampir 1 bln aku menjual gula tarik di sekolah aku ni. Mulanya x ramai yg tau, aku jual dlm kelas je, kecil2 lan.. hari pertama aku bwa dlm 10 btg, habis, hari kedua juga begitu.
Masuk hari ketiga aku mula bwa lebih sikit dlm 30 btg, jug habis. Itu aku jual ngan bdk kelas je. Almaklumlah sebatang gula tarik dulu hanya 10sen je. Seorang beli sampai 5ke 6 btg, utk adik beradik mrk katanya, malah ada juga yg kata mak dan ayah nak juga.
Masuk minggu kedua, dah 3 ke 4 kelas tau aku jual gula tarik, rasanya memang berhantu sikit kot gula tarik ni. Siapa dah rasa esok mesti nak lg, aku yg jual pun kadang2 makan sampai 2,3 btg. Sedap? pada aku memang sedap la, tapi klu nak tau btl sedap ke tak, kena tanya pada member sekloah yg pernah rasa la.

OK minggu kedua ni la mulanya aku popular (perasan aku je kot).  Mana tak nya, sampai je aku kat sekolah member2 dan termasuk yg aku kurang kenal dah ikut aku dr belakang, mula2 muskil gak aku, punya la terperanjat aku bila sampai depan kelas, ramainya budak2 tgh tunggu. Nampak je aku mrk terus serbu, gula tarik 5, akunya 10, akunya 2, sampai aku tercengang2 tak terkata apa2. Hari tu aku bawa 50 batang, habis x sampai 10 minit, sudahnya duit jualan tak balance ngan gula tarik yg aku bawa.

Esoknya perkara sama berulang, malah bertambah ramai lg yg menunggu. Hingga aku tak tau nak buat cam na.  Bayangkan la (klu blh bayangkan) aku dok tengah2 dengan dikerumuni  bdk2 (masa tu sebaya aku la) hampir 50 org, dgn semuanya mahukan gula tarik , dengan tangan yg mengapai2 di tambah lg riuh rendah suara budak2, aku x tau nak buat apa. Hingga sorang member sekelas (aku pun dah tak ingat sape) menarik tangan aku membawa kedalam kelas. Bestnya hampir semua member kelas menolong aku, mrk mengunci pintu kelas dpn & blkg, dan hanya menjual melalui tingkap cermin kelas kami. Popular kan aku? ("perasan", sblm org kata baik aku kata sendiri). Begitulah aku tiap2 hari ke sekolah membawa gula tarik hingga pernah aku bawa 500 btg habis dalam masa 15 minit. Percaya atau tidak, itulah yg berlaku masa aku jual gula tarik di sekolah.

Hampir sebulan meriahnya jualan gula tarik aku, sebelum di hidu mak cik kantin sekolah kerana kertas bungkus gula tarik yg bersepah2 di kawasan sekolah dan kurangnya budak2 membeli candy di kantin sekolah.  Nak dipendekan cerita cikgu displin telah memangil aku ke bilik guru, tapi dia tak marah pun, cuma beritahu yg aku tak boleh jual gula tarik dalam kawasan sekolah kerana dah ada kantin yang menjual makanan kepada pelajar2.  Walau dia tak marah nama aku tetap masuk rekod hitam sekolah. 

Lepas hari tu aku jual lagi gula tarik, cuma tak semeriah sebelumnya, sebab jual sikit2 dan senyap2.  Lagipun mak aku dah letak gula tarik kat kedai runcit yg dekat ngan sekolah aku. Seingat aku kedai tu lak yg kena serbu, coz mak aku anto 300 btg sblh pagi, tengah hari taukeh kedai tu dtg rmh aku nak 500 btg lak.  Tu alkisah gula tarik yg menjadikan aku 'popular' jap kat sekolah rendah dulu.  Kepada rakan2 yg membantu dulu aku ucapkan ribuan terima kasih, walau hampir semua aku tak ingat sangat dan tak tau kat mana korang semua sekarang.

laksam!

November 3, 2010

 Gambar: internet

Dah lama tak makan!