Followers

gula tarik

November 7, 2010

salam, member2 sekalian.....
kepada semua kwn2 yg akn terbaca cerita ni, mungkin akan teringat kenangan2 lucu masa di sekolah rendah kebangsaan adela.  Sebagai pengenalaan sikit, sekolah kebangsaan adela merupakan sekolah pertama yg aku jejaki utk menuntut ilmu klu tak salah tahun 1986.
Tapi dr aku darjah 1hingga darjah 6 aku x berapa ingat sangat apa2 kenangan menarik yg blh aku kongsikan dgn member sekalian.  Kecuali kisah 'Gula Tarik'.

Alkisah, bermula apabila aku di darjah 4, kerana keluargaku bukan org senang, dan ada la sedikit  resepi2 masakan yg org x tau cam na nak buat kecuali family aku je (kira resepi trdisi keluarga la ni) maka aku mula berniaga di sekolah. Nak tau aku jual apa? haa aku jual 'gula tarik'.

Selama hampir 1 bln aku menjual gula tarik di sekolah aku ni. Mulanya x ramai yg tau, aku jual dlm kelas je, kecil2 lan.. hari pertama aku bwa dlm 10 btg, habis, hari kedua juga begitu.
Masuk hari ketiga aku mula bwa lebih sikit dlm 30 btg, jug habis. Itu aku jual ngan bdk kelas je. Almaklumlah sebatang gula tarik dulu hanya 10sen je. Seorang beli sampai 5ke 6 btg, utk adik beradik mrk katanya, malah ada juga yg kata mak dan ayah nak juga.
Masuk minggu kedua, dah 3 ke 4 kelas tau aku jual gula tarik, rasanya memang berhantu sikit kot gula tarik ni. Siapa dah rasa esok mesti nak lg, aku yg jual pun kadang2 makan sampai 2,3 btg. Sedap? pada aku memang sedap la, tapi klu nak tau btl sedap ke tak, kena tanya pada member sekloah yg pernah rasa la.

OK minggu kedua ni la mulanya aku popular (perasan aku je kot).  Mana tak nya, sampai je aku kat sekolah member2 dan termasuk yg aku kurang kenal dah ikut aku dr belakang, mula2 muskil gak aku, punya la terperanjat aku bila sampai depan kelas, ramainya budak2 tgh tunggu. Nampak je aku mrk terus serbu, gula tarik 5, akunya 10, akunya 2, sampai aku tercengang2 tak terkata apa2. Hari tu aku bawa 50 batang, habis x sampai 10 minit, sudahnya duit jualan tak balance ngan gula tarik yg aku bawa.

Esoknya perkara sama berulang, malah bertambah ramai lg yg menunggu. Hingga aku tak tau nak buat cam na.  Bayangkan la (klu blh bayangkan) aku dok tengah2 dengan dikerumuni  bdk2 (masa tu sebaya aku la) hampir 50 org, dgn semuanya mahukan gula tarik , dengan tangan yg mengapai2 di tambah lg riuh rendah suara budak2, aku x tau nak buat apa. Hingga sorang member sekelas (aku pun dah tak ingat sape) menarik tangan aku membawa kedalam kelas. Bestnya hampir semua member kelas menolong aku, mrk mengunci pintu kelas dpn & blkg, dan hanya menjual melalui tingkap cermin kelas kami. Popular kan aku? ("perasan", sblm org kata baik aku kata sendiri). Begitulah aku tiap2 hari ke sekolah membawa gula tarik hingga pernah aku bawa 500 btg habis dalam masa 15 minit. Percaya atau tidak, itulah yg berlaku masa aku jual gula tarik di sekolah.

Hampir sebulan meriahnya jualan gula tarik aku, sebelum di hidu mak cik kantin sekolah kerana kertas bungkus gula tarik yg bersepah2 di kawasan sekolah dan kurangnya budak2 membeli candy di kantin sekolah.  Nak dipendekan cerita cikgu displin telah memangil aku ke bilik guru, tapi dia tak marah pun, cuma beritahu yg aku tak boleh jual gula tarik dalam kawasan sekolah kerana dah ada kantin yang menjual makanan kepada pelajar2.  Walau dia tak marah nama aku tetap masuk rekod hitam sekolah. 

Lepas hari tu aku jual lagi gula tarik, cuma tak semeriah sebelumnya, sebab jual sikit2 dan senyap2.  Lagipun mak aku dah letak gula tarik kat kedai runcit yg dekat ngan sekolah aku. Seingat aku kedai tu lak yg kena serbu, coz mak aku anto 300 btg sblh pagi, tengah hari taukeh kedai tu dtg rmh aku nak 500 btg lak.  Tu alkisah gula tarik yg menjadikan aku 'popular' jap kat sekolah rendah dulu.  Kepada rakan2 yg membantu dulu aku ucapkan ribuan terima kasih, walau hampir semua aku tak ingat sangat dan tak tau kat mana korang semua sekarang.

11 comments:

Anonymous said...

weii..teringin lak aku nak merasa..macammana rupanye? letaklah gambo..teringin nak nengok ni..

Siti Norain Bain said...

hud skrg dah x buat lg, cam na nak ambik gambonya
lg pun, gula merah skrg dah elok cam dulu, klu buat rasanya x sesedap cam dulu

MS said...

http://alwzbemybaby.blogspot.com/2010/12/gula-tarik.html

zamnis enterprise said...

sedapnya ..xsabo nk rasa

Unknown said...

salam..mana bole dapat gula tarik ni ye
saya area shah alam...dh lama sgt cari tp xdapat.huuu

KhaiFieda™ said...

assalam.. boleh x share kt sy resepi gula tarik ni.. dh lama cari x jumpa resepi nye.. please.. 0197079198

azaniz said...

Assalam...adik mohon kongsikan resepi gula tarik jika masih ada. Jazakillah khair

yayashimano said...

Assalamualaikum. Boleh tak kongsikan resepi gula tarik tu.terima kasih

yayashimano said...

Assalamualaikum. Boleh tak kongsikan resepi gula tarik tu.terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum...boleh tak kongsikan sy resepi gula tarik, sy suka sekali gula tarik, terima kasih

Pencari Redha Allah said...

Assalamualaikum...sy berminat nak belajar buat gula tarik. Boleh ajarkan tak. Ni email sy
putumayamdangai@yahoo.Com

Post a Comment